asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 29, 2011

_salam eidulfitri 1432H..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

segala puji dan syukur hanya pada Allah SWT yang memberi keizinan kepada saya untuk sampai ke sandakan walaupun kesihatan fizikal tidak mengizinkan. huhu. sampai sudah di sabah ni haa..hehe dok on9 dalam bilik sendiri. hoho seronoknya :D

dah dua tahun beraya di perantauan, kali ini beraya di rumah sendiri. seronok. walaupun suasana tidak seperti 6 tahun yang lalu, yang penting hati bahagia tengok adik-adik dan abang sendiri bahagia :)

Alhamdulillah..terima kasih Allah..

sampai sudah ke penghujung Ramadhan..semoga Allah beri kita rahmat dan redhoNya sepanjang bulan mulia nan indah..semoga Allah menerima segala amalan yang diusahakan dengan sepenuh kudrat yang boleh. Alhamdulillah..kini syawal pun menjelma..

bersedih...Ramadhan sudah ingin pergi...semoga jumpa lagi...AMIN3!

T_T



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI BAYA SEKELUARGA.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
KIRANYA ADA YANG SAYA TERSILAP KATA HINGGA ANDA SEMUA TERASA HATI.
MOHON AMPUN ATAS SEGALANYA.
:)

taqabbalallahu minna wa minkum!

inshaAllah..

jemput datang ke rumah kalau tahu di ceruk mana rumah hamba tercacak. hohoho.

hari raya, ramai jugak yang bertunang dan bernikah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. saya pulak...err...sekadar memeriahkan majlis lah! hehehe xkan nak jadi pengapit kot? haha

bertunang?
bernikah?


awal lagi kot? kalau ada, inshaAllah adalah tuh..hehe surprise!!! :P




wassalam.

Sunday, August 21, 2011

_dugaan hamba 2..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

semoga sihat2 walafiat semuanya, dapat beramal sepenuh tenaga hanya padaNya..21 Ramadhan, fasa ke tiga..siri pelepasan daripada api neraka. inshaAllah. doa doa doa. amin..

masuk fasa ketiga, Allah hantar satu makhlukNya pada saya. saya kena chicken pox. to be true,saya sudah kena masa umur 6 tahun duuuluuuuuu...dan skang, kali kedua. nampaknya imuniti kurang memuaskan. hukhukhuk

Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa. :)

hari kedua. low grade fever. bintik2 comel merajai beberapa inci of my body. jangan risau baya, mau balik sandakan sudah :D

serba ringkas macam mana kantung warna putih terhasil.

orang kenal chicken pox as cacar air. sakit tuh, biasalah. pening, uncontrollable headache. memang agak teruk jugaklah..

merebak melalui sentuhan direct dengan pesakit dan droplet. it's a contagious disease. penyakit berjangkit. huhu. jangan dekat dengan saya tau.

virusnya namanya varicella zoster. cantek kan namanya. tapi sakit bila bertandang ke kulit. biasanya budak2 kecil jak yang kena, tapi tidak mustahil untuk orang dewasa kena (macam saya). jadi ibu-ibu sila awasi anak anda. kalau terkena, jangan biar dia garu ya. sesungguhnya memang gatal.

T_T

masuk kali ini, sudah dua kali ujian Allah bertandang di bulan Ramadhan. Allah. Engkau maha mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk ku. semoga ujianMu ini Kau limpahkan diriku dengan pengampunan dan berkah dalam bulan Ramadhan. :)

kawan2, jangan lupa tambah gear amal ya, fasa ketiga dah ni. dah nak habis dah bulan mulia nih :( jangan biarkan dia berlalu tanpa amal walaupun sekecil-kecil ucapan zikir dalam hati. inshaAllah..

kejar lailatul qadar semahu-mahunya! biar bersungguh-sungguh hingga ke dasar jiwa. inshaAllah, Dia maha Melihat segala sesuatu di muka bumi ini.


bah..mari masak bubur untuk kesihatan badan! ehehe :D


wassalam..

Friday, August 19, 2011

_tanya, jawab sendiri..



in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

19 Ramadhan..bakal menemui penghujung fasa kedua ini..mari tingkatkan gear untuk tambah2 amal..jangan buang masa..ganjaran melimpah2 bagi mereka yang bersedia berkorban! :)

...

semalam saya dan dua rumet saya berpergian ke Giant, untuk menikmati juadah ayam goreng di Marry Brown. ehem2. teringin sebenarnya mau makan smiley potato. cedap! :D

...

dipendekkan kisah berpergian kami ini, kami pun naiklah tingkat dua untuk meninjau2 rezeki pakaian daripada Allah. huhuhu. melekatlah satu di mata hati dan mata zahirnya. walaupun tidak penting, tapi keinginan membuak-buak nak yang itu. maka dapatlah sehelai jubah promosi RM 49.90 untuk lebaran mulia nanti inshaAllah..alhamdulillah..(sebenarnya 49.90 tuh still sangat mahal bagi saya oke!)

tiba-tiba pulak melencong ke kisah jubah. haha. sorry, selingan semata-mata.

di samping mata yang rambang, sibuk jugak ia melilau melihat pemandangan 'manusia'. sungguh padat tempat ini daripada biasa, di waktu ini. hmm..ramai yang nak membeli belah untuk raya kot? yelah kot..hmm..

hati berbisik. (isk, dia mai dahhhhh....!)

"kenapa ramai yang dok sini, depa x pi solat terawih ka?"

oke2..mari kita BERSANGKA BAIK..mereka solat terawih dekat rumah..solat terawih sendiri2, ikut sunnah Rasulullah saw inshaAllah..

"tapi..lelaki pun ramai..depa tak pi solat dekat masjid ka? solat fardhu berjemaah itu kan sunnah jugak?"

err...

salah saya tidak berkorban lebih..tsk! T_T

***

sedap menjamu juadah MB rezeki daripada Allah..hingga menjilat jari. kata nak ikut sunnah? inshaAllah.. :)

mata ditangkap oleh satu pemandangan. erk! diameter bukaan mata bertambah 2mm kot? mashaAllah..

untuk kesekian kalinya, hati berbisik lagi...

"astaghfirullah..sudah2..jangan dinilai manusia!"

tudung zaman sekarang bermacam-macam bentuk. sehingga saya kadang2 tidak tahu tujuan mereka menggunakan sehelai kain itu di kepala mereka. astaghfirullah. silap saya tidak berkorban lebih! :(

lilit lilit, pusing pusing, warna warni, kaler bunga-bunga, berjalur-jalur, cun melecun, bersanggul serupa tanduk, menjadi igauan muslimah kini. sedangkan terang nyata benderang hadith Nabi saw tentang bonggol unta tersebut. isk3..silap saya jugak!



tudung jenis macam ini pun ada ka? isk! T_T

err..boleh bawa ka sanggul macam ni? xberat?

sabdaan Baginda s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَاyang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."

diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

-copy paste dari blog orang-

haa..patutlah saya malas sangat mau berpergian ke mana-mana. hati terguris dengan silap sendiri! astaghfirullah..

semoga kaum adam yang sedang membaca tulisan buruk ini, tiadalah yang tinggal solat jemaah di masjid atau surau..AMIN. dan semoga si hawa yang membaca di sini tiadalah yang bersanggul seperti punuk unta kelihatan di kepalanya. AMIN.

semoga kita berubah ke jalan yang benar dan lebih baik..adakah yang lebih baik selain daripada mengikuti al-Quran dan Sunnah Nabiullah s.a.w? amar makruf wal nahi mungkar inshaAllah..Allahuakbar!



wassalam..

Wednesday, August 17, 2011

_bakal bersama semula..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

Allah sabse barahe, makhluk nehi hota he..

alhamdulillah..wa syukurillah..sudah 17 Ramadhan 1432Hijriah..masih bernafas dengan baik..kadar inspirasi dan ekspirasi masih normal..cuma terkadang terlalu dalam untuk saya menarik nafas, menanggung rasa sebal atas dosa sendiri..

T_T

Ramadhan bakal berakhir. apa yang sudah saya lakukan? aduh..cukupkah amalan? meningkatkah iman? di mana cinta? perit terasa di kala hening fajar menyinsing, saya terkulai melayan comforter disulami kedinginan alam, heh! menyedihkan!

sungguh, hidup ini bukan mainan..mati itu pasti..yang bermula bakal berakhir..semoga diberi kekuatan untuk beribadah lagi dan lagi! inshaAllah!

chenta..

sedang menanti hari untuk bersama semula..hati sangat merindu, namun ditahan sebak untuk mengundang bahagia..inshaAllah, segalanya bakal berakhir jua..(perlukah bermadah swasta di sini?hihi)

tarikh berlepas inshaAllah on 28th of august 2011, bersamaan 28 Ramadhan 1432H, flightpukul 8.30am daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah ke LCCT..kemudian ke Lapangan Terbang Sandakan, Sabah..menanti dan terus menanti..ndak sabar mo balik sabah! oh! :)

*sungguh, hati ini rindu*

berkira-kira..saya sudah berusia 22 tahun dan beberapa bulan..heh..sudah tua rupanya, isk3..dan di usia ini saya masih belum bisa berbakti dengan baik untuk bapa saya, untuk keluarga saya..haaa..bukan mengeluh, cuma mencurahkan tinta yang tidak terkeluar di dasar lidah..erk! jangan sampai tercekik ye kak..

inshaAllah..pasti ada masanya, setelah bersama semula, segalanya inshaAllah baik-baik saja..amin ya Allah :)


-kelabakan tunggu kau kunjung pulang-

bersempena Ramadhan Mubarak..saya ingin menitipkan beberapa coretan (lagi dan lagi..hehe)

puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sudah semestinya! :)

ibadah fardhu jangan tinggal, digandakan hingga 70 kali pahalanya, mashaAllah!!! untuk kaum sejenis saya, ibadah di rumah (di dalam bilik) itu lebih afdhal..inshaAllah termaktub dalam hadith. jangan cakap saya larang pi surau @ masjid pulak ya..hihi selagi tidak mengundang fitnah, silakan diteruskan keinginannya.. :)

yang lain-lain (amalan sunat mengikut sunnah Rasulullah saw)..lakukan semampu yang boleh, inshaAllah..kesungguhan dan kekhusyukan itu Allah saja yang bisa nilai..semoga beroleh keredhaan Allah dan ketaqwaan meningkat hanya padaNya.. :)

oh ya..jangan lupa untuk doa memohon berjumpa lailatul qadar..tapi di samping doa tuh, jangan tido dengan air liur meleleh pulak..doa sambil bangun malam, inshaAllah..semoga bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..amin! :)

simple jek..doakan saya juga ya..jazakumullahu khair..

mari bersama-sama tingkatkan amalan inshaAllah! lebihkan akhirat untuk kebahagiaan bersama, hehe..semoga Allah redho..amin ya Rabb..~

selamat meneruskan perjuangan buat antum semua.. :D



wassalam..


Thursday, August 11, 2011

_kesukaan saya..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

alhamdulillah wa syukurillah..

saya sangat berbahagia..Allah kurnia Ramadhan..saya sangat suka Ramadhan! :)

kenapa?

xpayah cakap ganjaranlah, berlipat2 kali ganda ganjaran Allah beri di bulan mulia ini! semua orang pun tahu..kan..kan..kan..? hee

saya sangat suka bulan Ramadhan bukan takat kerana ganjaran berlipat ganda ganda..bonus bonanza di sana-sini..pahala ibarat SALE pun ada..Allah..sungguh Engkau Maha Pemurah ya Robb.. T_T

saya suka bulan Ramadhan ni..sebab..

saya nampak semua orang berlumba-lumba berbuat kebaikan..semua jadi baik di mata hati saya..semua jadi indah..saya suka orang jadi baik-baik belaka..

bila orang nak marah, xjadi marahnya..bulan posa nih..xbleh marah2 (erk! bulan lain bleh marah ke? sentap hati mak nak..huhu)

orang berlapar kerana Allah SWT..semua kerana Allah..orang berbuka kerana Allah..orang bertarawih kerana Allah..Allahuakbar..besar sungguh kekuasaanMu ya Allah :)

di muka-buku, saya nampak ramai yang post2 status pasal Ramadhan..ramai yang cerita tentang ramadhan..Ramadhan jadi isu utama..cherita hangat..malah ramai jugaklah yang cerita bab bazar ramadhan..erk! adeh sentap lagik..~

jangan heran, ada juga yang sudah siap jahit design baju raya terbaru! huhu..PUASA JANGAN LUPA, TAHU? :)


serba ringkas :)

semoga Ramadhan tidak berlalu sia-sia..semoga Ramadhan dimanfaat sebaiknya..semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk sentiasa tingkatkan iman dan amal dalam kehidupan sehari-hari..semoga Al-Quran dan Sunnah Nabi saw menjadi panduan dan ikutan..semoga Allah beri faham hakikat makhluk sebagai hamba yang kerdil di muka bumi..yaQin Allah SWT maha kuasa, makhluk sikit pun xda kuasa..mashaAllah!

bulan ini bulan untuk tarbiyah hati..tarbiyah diri agar tidak terikat dengan dunia semata-mata..banyakkan amalan2 mulia..

baca Quran, khatam Quran..
solat diperbanyakkan..
zikir..
taklim..
ikram..

(ehem2..baya ni buat ke tak ni..ish3 *sambil geleng2 kepala*)

di pandangan orang-orang, manusia yang berjaya itu adalah mereka yang bisa memiliki dunia..namun bagi saya, orang yang berjaya itu hanyalah mereka yang faham agama dan menjadikan agama sebagai kehidupan di dunia untuk bekalan akhirat..ingat! DUNIA ITU PENJARA BAGI MUKMIN..inshaAllah

Allahu Robbi, wal islamudinii, Muhammadun nabiyyi.. :)


Ramadhan, tolong jangan tinggalkan saya :(


selamat berbuka puasa semua..


wassalam




Wednesday, August 10, 2011

_dugaan hamba..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

salam ramadhan..sudah lebih seminggu kita berpuasa..terima kasih Allah..atas kurniaanMu yang melimpah ruah di bulan mulia ini..Allah..

dugaan itu kasih sayang..kasih sayang itu perhatian..saya sangat bersyukur Allah masih sayang saya..Allah sentiasa perhatikan saya..Allah..

T_T

bulan mulia, segalanya indah..

bulan mulia ini juga, hand phone saya kena curi..Allah..Engkaulah yang maha tahu segala kejadian yang berlaku atas hamba..

hand phone hanya dunia..dunia..dunia..mungkin Allah ingin tukarkan dengan benda lain..atau hand phone itu sendiri tidak baik untuk saya..wallahu'alam..semoga segalanya lebih baik dari sebelumnya inshaAllah..Allahuakbar..

tuan-tuan dan puan-puan..

saya bermohon, doakan saya untuk sentiasa menyerahkan diri kepada Allah..Allahuakbar..inshaAllah..

semoga Allah beri hidayah seluruh alam..

selamat berpuasa sahabat wa sahabiah sekalian alam..semoga dilimpahkan rahmat dan kurnia dari Allah SWT..amin inshaAllah..


wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...