asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 19, 2011

_tanya, jawab sendiri..



in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

19 Ramadhan..bakal menemui penghujung fasa kedua ini..mari tingkatkan gear untuk tambah2 amal..jangan buang masa..ganjaran melimpah2 bagi mereka yang bersedia berkorban! :)

...

semalam saya dan dua rumet saya berpergian ke Giant, untuk menikmati juadah ayam goreng di Marry Brown. ehem2. teringin sebenarnya mau makan smiley potato. cedap! :D

...

dipendekkan kisah berpergian kami ini, kami pun naiklah tingkat dua untuk meninjau2 rezeki pakaian daripada Allah. huhuhu. melekatlah satu di mata hati dan mata zahirnya. walaupun tidak penting, tapi keinginan membuak-buak nak yang itu. maka dapatlah sehelai jubah promosi RM 49.90 untuk lebaran mulia nanti inshaAllah..alhamdulillah..(sebenarnya 49.90 tuh still sangat mahal bagi saya oke!)

tiba-tiba pulak melencong ke kisah jubah. haha. sorry, selingan semata-mata.

di samping mata yang rambang, sibuk jugak ia melilau melihat pemandangan 'manusia'. sungguh padat tempat ini daripada biasa, di waktu ini. hmm..ramai yang nak membeli belah untuk raya kot? yelah kot..hmm..

hati berbisik. (isk, dia mai dahhhhh....!)

"kenapa ramai yang dok sini, depa x pi solat terawih ka?"

oke2..mari kita BERSANGKA BAIK..mereka solat terawih dekat rumah..solat terawih sendiri2, ikut sunnah Rasulullah saw inshaAllah..

"tapi..lelaki pun ramai..depa tak pi solat dekat masjid ka? solat fardhu berjemaah itu kan sunnah jugak?"

err...

salah saya tidak berkorban lebih..tsk! T_T

***

sedap menjamu juadah MB rezeki daripada Allah..hingga menjilat jari. kata nak ikut sunnah? inshaAllah.. :)

mata ditangkap oleh satu pemandangan. erk! diameter bukaan mata bertambah 2mm kot? mashaAllah..

untuk kesekian kalinya, hati berbisik lagi...

"astaghfirullah..sudah2..jangan dinilai manusia!"

tudung zaman sekarang bermacam-macam bentuk. sehingga saya kadang2 tidak tahu tujuan mereka menggunakan sehelai kain itu di kepala mereka. astaghfirullah. silap saya tidak berkorban lebih! :(

lilit lilit, pusing pusing, warna warni, kaler bunga-bunga, berjalur-jalur, cun melecun, bersanggul serupa tanduk, menjadi igauan muslimah kini. sedangkan terang nyata benderang hadith Nabi saw tentang bonggol unta tersebut. isk3..silap saya jugak!



tudung jenis macam ini pun ada ka? isk! T_T

err..boleh bawa ka sanggul macam ni? xberat?

sabdaan Baginda s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَاyang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."

diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

-copy paste dari blog orang-

haa..patutlah saya malas sangat mau berpergian ke mana-mana. hati terguris dengan silap sendiri! astaghfirullah..

semoga kaum adam yang sedang membaca tulisan buruk ini, tiadalah yang tinggal solat jemaah di masjid atau surau..AMIN. dan semoga si hawa yang membaca di sini tiadalah yang bersanggul seperti punuk unta kelihatan di kepalanya. AMIN.

semoga kita berubah ke jalan yang benar dan lebih baik..adakah yang lebih baik selain daripada mengikuti al-Quran dan Sunnah Nabiullah s.a.w? amar makruf wal nahi mungkar inshaAllah..Allahuakbar!



wassalam..

2 comments:

~PENCHENTA~ said...

Salam.

Kak, ajarkan saya berhikmah untuk tegur sahabat2 macamtu.

Rasa diri penuh dosa pula kalau tak tegur. :(

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

penchenta:

waalaikumussalam..

uhuk2..saya pun kurang pandai menegur kes2 macam ni dik..err..huhu

kalau ikut Nabi saw..Nabi suka direct but personal, atau indirect tapi umum. macam2 cara bleh. huhuhu selalunya ikram dulu, lepas tu sebut2 pasal baik buruk hal yang mau ditegur (dengan buat2 tak perasan dia pun buat mende tuh), cerita bab kesannya di akhirat..huhu

xpun..buat lah satu macam halaqah ke..sebut kisah, then sebut contoh..contoh biar pasal hal tersebut tapi umum, jangan sampai dia terasa hati dengan kita.huhu

inshaAllah, saya pun lemah lagi nih..isk3..perlu banyak ikram dan perlu banyak belajar lagi..huk2..sama2 lah kita ye..

USAHA TANGGA KEJAYAAN! JATUH PANJAT BALIK :)

inshaAllah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...