asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 28, 2010

_memujuk hati..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,segala puji bagi Allah..

wasyukurillah,dan bersyukur kepada Allah..

hidup yang penuh liku ini.perlu digagahkan dengan senyuman,walaupun ia hadir sebagai hiasan semata.jujurnya,senyuman itu pengubat hati yang lara,sedangkan terjunnya dirimu dalam medan kesengsaraan yang tiada ertinya,membuatkan kamu leka daripada untuk bersyukur kepada Allah..

bernarlah,Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka..(al-baqarah)

*senyum dalam tangisan*



sudahkah kamu bersyukur?
baya,tiada apa yang membezakan manusia melainkan iman dan amalnya.dan tiada yang bisa meleraikan kekusutan selain Allah SWT.Dialah zat yang Maha Kuasa,Maha Mengetahui.

daku melihat mereka bersenda gurau atas dasar kebahagiaan dengan hasil usaha mereka.sedangkan diriku sendiri..berkecamuk dengan perasaan dengki..astaghfirullah...dengki kah diriku pada pencapaian mereka?astaghfirullah..baya,ini dunia..berusahalah dalam amalmu..jangan kau tewas dengan dugaan ini..dan tetapkan yakinmu serta cita-citamu..aim utama dalam kehidupanmu..tepikan emosimu..Allahuakbar..

syukur atas nikmat dan beramal dengan nikmat demi redhoNya.seorang wanita itu lemah,dan Allah lah yang menggagahkan hatinya agar menjadi kuat dan solehah..maha Sucinya Engkau ya Robb ku..astaghfirullah..

kerana hati dan sanubari ini bukanlah milik mutlak..dan kerana hati ini,Dialah yang membolak balikkannya...dan kerana itu,bersyukurlah dengan segala ketentuan dariNya..Allahuakbar..

jangan bersedih,la tahzan..

wassalam..

Thursday, November 25, 2010

_kitab..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :) masih bernyawa insyaAllah

hari ni result dah ada.semua budak Tahun 2 Semester 2 LULUS final exam semester ini.

ALHAMDULILLAH..

dapat ranking pertama utk semester 4 daripada keempat2 kolej KKM,ALHAMDULILLAH..

seperti semester lalu juga..namun semester ini tiada yang dapat 4Flat lagi..xpa,Allah dah bagi yang terbaik insyaAllah! :D

***

ok..sebenarnya nak cerita pasal kitab fadhail 'aamal.bukan nak buat takleem di sini,tapi nak mengatakan sesuatu.huhu

baru jak tadi Allah telah takdirkan saya utk baca post kak aliaazuan pasal takleem watta'lum..alhamdulillah sangat bermanfaat bagi saya.hee dan alhamdulillah saya buat selama ini betul caranya,alhamdulillah..


(snap dan terus upload.hehe)

cuma terkadang sedih memikirkan cara yang salah sahabat sebilik saya yang juga memiliki kitab yang sama.dia kata kitab tuh best..alhamdulillah Allah buka pintu hati dia untuk beli,namun cara amal ada silap sedikit kot?mungkin dia tak tahu...SILAP SAYA! aduh...saya sudah tunjuk cara takleem yang betul,tapi mungkin pada dia saya cuma beradab..memang pun,huhu untuk dapatkan nur dari takleem bukan mudah..kena tawajjuh..subhanallah..semoga Allah pilih saya dalam usaha agama ini,kuatkan saya dalam usaha agama ini.amien~

mungkin saya perlu lebih kuat lagi utk menyampaikan sesuatu kebenaran walaupun pahit.pahit bagi saya untuk menunjukkan atau mengajarkan sesuatu kerana serasa saya,saya tidak punya walaupun sesuatu! manusia ini biasa2 saja..

yang penting adik di rumah,insyaAllah sudah mengalahkan saya dalam takleemnya.haha.MALU sendiri..dia sudah sampai ke fadhilat zikir,sedangkan saya masih lagi di fadhilat solat..huhu sadis,dek kerana kesibukan dunia..dunia2..astaghfirullah :(

doakan saya supaya lebih istiqomah dan tawajjuh insyaAllah..

wassalam

Wednesday, November 24, 2010

_result..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah..

:)

RESULT FINAL YEAR 2

jeng3!

belum keluar lagi daa..hehe

hari ni pengarah kolej dalam perjalanan p KL, mau ambil result dari BPL (Bahagian Pengurusan Latihan).risau jugak.gementar.nebes kata kawan saya.huhu

doa dan terus doa.tapi kenapa saya doa lain macam jek?hehe xpa.tunggu dan lihat insyaAllah...haaa


skang ni bizi dgn kelas HSR, Health System Research.BOSAN tuh memang terasa lah.tapi lau tak p,dosa dan tak dapat ilmu.ngeeee amanah.

ingatkan lepas je exam there's no more class for us.yelah,cukup lah dengan 3 semester berturut2 dalam blok itu dan kelas itu.huhuhu sabo je lah.kata nak timba ilmu kan?hee

and how i miss the House.huhu.the place i used to lepaking with my boyfriends (siblings i mean,they are my boyfriends.haha) and to my own and myself.haaaa sabo jer.on 2dec u'll go back home insyaAllah.please pray for me :)

***

cherita pasal raya hari tuh.kami raya di dorm saja.haa...sedih ada,gembira ada.apa2pun,kami dapat jugak solat sunat hari raya insyaAllah :) bahagia.terus,imam di Masjid Sultanah Bahiyah tu tegur lah dalam khutbahnya...

"orang sekarang ni saye nampak agak pelik.hari raye 'aidiladha ni depa sambut sehari tu ja,sehari yang kita dok wat korban lembu tuh.hari keduo ketigo,xdak dah raye kite dengar.tapi nak dibandingkan dengan raye 'aidilfitri,atau yang biasa kite dengar depa dok kata raya puasa..elok jah depa raya sampai seminggu buat rumah terbuka...sedangkan Allah menetapkan raya 'aidiladha itu sampai 4 hari, bermula daripada 10 zulhijjah hinggalah 13 zulhijjah...yang mana lebih besar maknanya jika dibandingkan dengan raya puasa yang hanya sehari iaitu pada satu syawwal..bukanlah kita nak melarang depa raya sakan,tapi janganlah berlebihan...kita kena ingat,hari raya korban inilah masa kita nak menunjukkan kesediaan kita untuk berkorban demi agama..kita singkap kembali sejarah nabi Ibrahim a.s..."

ngaaa...khutbahnya panjang dan mesejnya sangat bermanfaat.alhamdulillah :) memang terharu jugaklah.patutlah saya di rumah jek lau raya puasa.haha.kawan2 len dok mengajak beraya pi sana sini,aduyai..pening kepala.bertaubat,ramadhan ditinggal tanpa amalan yang memberansangkan...huhu

stop.tutup cerita raya.

cerita apa lagi?iman?amal?baya2...kau bukanlah alimah mahupun ustazah.apa yang kau tahu?huhu (bermonolog)

doakan saya dapat result baik2 ya? (cerita raya dah lari tajuk dari result exam nih.huhu)

wassalam..

Tuesday, November 16, 2010

_eid mubarak!

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..terima kasih ya Allah..atas nikmat iman dan islam..heee :D

dan di sini,saya ingin mencuri kesempatan yang ada untuk mengucapkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..EID MUBARAK..semoga Allah swt menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan insyaAllah..tahun ini saya beraya di sini..setahun ini tiada raya bersama family..haaa..musafir~



may Allah bless
wassalam..

Saturday, November 13, 2010

_buat kak Umu dan bakal suami..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

alhamdulillah wa sykurillah..bersyukur saya ke hadrat Illahi..dikurniakan nikmat rezeki yang tidak ternilai harganya..huhu

dan alhamdulillah..kerana insyaAllah, kak Umu Anisah Mohd Nor bakal melangsungkan walimahnya pada 26 disember ini..bersamaan 20 Muharram 1432H..insyaAllah..amien ya Allah.. :)

bahagianya..huhu

tahniah diucapkan kepada kak Umu,mujahidah solehah insyaAllah..
dan karkunah yang bakal menyerikan medan usaha agama ini..
dengan semangat yang ada padanya..
subhanallah..
betapa suci dan indahnya seorang wanita solehah..
yang faham maksud usaha atas iman..
insyaAllah~

-kak umu dan keluarga-

ucapanku;

semoga Allah merahmati dan meredhoi kak Umu dan bakal suami,
semoga kak Umu bahagia dengan pernikahan ini,
semoga kak Umu tetap dipilih Allah untuk menjadi tulang belakang suami dalam usaha agama,
semoga kak Umu menjadi karkunah yang solehah,
semoga kita berjumpa suatu hari nanti dalam khuruj fisabilillah..amien..huuu
semoga dapat anak yang comel2,yang bakal menjadi karkun dan karkunah insyaAllah!
semoga kak Umu tetap memblog - hehe - tapi utamakan keluarganya :)
semoga kak Umu tidak lupakan saya..*love*
may Allah bless...
love you kak Umu Anisah Binti Mohd Nor..

wassalam..

Friday, November 12, 2010

_sendiri mau ingat..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah..

hari ini..badan ndak berapa sihat sebenarnya..demam yang tak jadi..hmm

astaghfirullah..mesti banyak dosa yang dah di invest! nauzubillah.. :(

***

baya,
mesti ada yang ko buat sampai gini jadinya..exam paper pertama pun dah out..haaa dosa2..dunia2..astaghfirullah..

ujian itu tanda kasih sayang dariNya..maka ingat,kau masih disayangiNya! insyaAllah~
subhanallah..terima kasih ya Allah..atas nikmat ujian ini..membuat diri hina ini sedar,dia tidak sehebat yang disangka..kerana kehebatan adalah MILIK MUTLAK MU..dan kerana hambaMu ini tiada kehebatan langsung!

allahuakbar...istighfarku dalam selubungan dosa2 dunia..

semua ini id semata..mana pergi ego terhadap dunia?dan mana pergi kewarasan yang semakin kelam?INGAT..dunia sementara,akhirat kekal selamanya!

i have no time to waste on....whatever....

***
kalut dan mencarut.itu semua kerja kau baya.
-hiba-

puas hati?

menyambung kisah makhluk...huhu

***

demam...batuk...selsema...

ini semua makhluk Allah..
yang dihantar oleh Allah..
untuk kena pada sesiapa pun yang diarahkan olehNya..
mengulangi ayat yang pernah digunakan oleh tuan punya blog ini,
makhluk menyahut suruhan Allah maybe dengan berkata ROGER BOSS!
huhu..dah2..

kita batuk..demam..selsema..kita minta siapa yang sembuhkan?
Allah..
jawapan itu sudah pasti..
tapi sejauh mana keyakinan kita padaNya?
[oh...siapalah diri ini ingin menilai keyakinan orang lain pada Allah? -khilaf empunya diri-]
seperti juga bila kita sembelit..sakit perut..cirit-birit dan sebagainya..
kita minta siapa yang sembuhkan?
Allah pastinya..
ya,dan beberapa ketika kemudiannya..
kita usaha..
makan ubat sebagai usaha menyembuhkan sakit..
usaha untuk sembuh dan meminta untuk sembuh..
dan kita doa..
doanya bagaimana?
beginikah?
"dengan namaMu ya Allah, moga dengan Panadol Actifast ini, aku sembuh dari demam ya Allah.."
gulp,telan 2bijik panadol..

-salah satu makhluk-


atau beginikah caranya?
"ya Robb, sesungguhnya dengan memakan Piriton ini,aku sembuh seperti sedia kala..amin ya Allah.."
gulp..telan 2 bijik piriton..

-makhluk jugak-
tapi..
kenapa tak doa macam ni..?

"ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan panadol atau piriton)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."
sambil nangis2..sebak..


-pinjam gambar album Sakti A.K.A Salman-
T_T <---huhuhu...

terkenangkan dosa sendiri yang melambak..ini sekadar untuk mengingatkan diri sendiri (dan bagus juga jika ada yang juga terkesan).keyakinan itu hanya kepada Allah semata..bukan kepada makhluk..dan keseronokan datang apabila yakin itu benar2 HANYA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA"ALA..

maka kerana itu baya,yakinlah..Allah kuasa makhluk tak kuasa..

moral of the writing; kalau nak sembuh,perbetulkan keyakinan dan minta supaya disembuhkan oleh Allah semata...tak perlu minta dengan bantuan makhluk ini itu bla bla bla..

istighfar baya..ko pun banyak dosa...T_T

wallahu'alam..

Sunday, November 7, 2010

_saya kenal sayang saya :)

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

saya suka tajuk ini,jadi buat tajuk ini.saja jak.huhu.

'saya kenal sayang saya..'

siapakah sayang saya dalam hidup saya?
sebagai makhluk biasa yang diciptakan olehNya..
saya punya perasaan sayang yang sangat BESAR..hehe
sangat besar hingga saya sanggup jadi 'cik sanggup' untuk berusaha capai impian mereka
haaa...
panjang ceritanya

*senyum*

dia sangat baik..
sayang saya bagai menatang minyak yang penuh,
bahkan hingga tertumpah melimpah2! huhu
besar kan sayangnya dia pada saya?
kamu tak jeles?
suap saya makan
bila sakit dia jaga saya..
sampaikan tidur di sebelah saya lagi
huu bestnya kena sayang oleh si dia..
tapi kini,sayang itu pergi
pergi menemui Maha Penyayang
tinggallah saya dengan sayang yang tergantung
dan saya sangat rindu sayangnya dia
ibu,sayangmu tiada bandingan!
--> saya kenal sayang saya~

*sepi*

bila fikir2..
saya sangat terharu
saya sememangnya sangat mengerti
dia tidak dapat menyatakan sayangnya
tapi bisa saja dia menunjukkannya
walaupun bukan di bibir
agaknya saya perlu belajar body language? ehe
kadang2,sukar jugak untuk saya faham..
tapi bila sudah biasa
saya semakin hari semakin sayang
berbunga di hati
hoho saya berjiwang pulak melebih2
kemudian dan kemudian lagi
hehe
dia sanggup beri apa saja
bahagianya dunia terasa
bapa,jangan pernah bosan sayang saya!
kerana saya tidak pernah bosan denganmu
please be there..i need u
-->saya kenal sayang saya~

*sengih*

dulu saya selalu bertengkar dengannya!
huh,bosan hidup ada dia!
menyampah!
tapi.....................
bila dia tiada
hati terasa kosong saja
rindu!
haa..ke mana ingin ku sampaikan rindu ini?
angin pun takkan faham
uhuk uhuk uhuk
sapa suruh sombong sangat?
bila sudah dewasa,saya disayangi
malah diberi perhatian
yang saya suka
hehe
nakal tak saya?
tapi dia tetap sayang saya..
jangan jeles
saya satu2nya perempuan CANTEK dalam hidupnya
saya faham..
kerana saya saja satu2nya perempuan dalam rumah itu
saya tahu dia sayang saya
abang, (selalunya panggil nama dia jek)
sayang saya selalu k?
-->saya kenal sayang saya~

*gelak*

mulanya saya tidak suka dia ada!
sebab saya mesti tak diendah lagi
habislah masa keseronokan riang gembira saya
tapi bila sudah dewasa
percaturan hidup semakin sengit,
saya sudah tidak kisah sayang itu pergi ke mana
asalkan sayangnya dia pergi ke saya
eh?
saya sayang adik..adik tahu tak?
huu..saya bagitau
saya akan jaga adik
sampai saya mati [insyaAllah]
dan adik angguk..kenapa setuju?
peliklah adik nih..
tapi saya tetap sayang adik
sebab adik sayang saya jugak!
-->saya kenal sayang saya~

*lega*

awak....
si kecik
yang paling nakal
dan membawa keceriaan
gelak dalam tangisku..
huhu
kecik,awak hebat!
thumbs up!
hehe
i love you si kecik
the smallest guy in the house,
you've always act like u are mature already
but still,
you are kecik!
SMALL
hehe
i love you so much
and the misses starts to grow again and again
without the 'full stop'
then you ever said
'aku sayang kakak baya..'
wow! impressive!
saya jugak sayang awak kecik..ehe
-->saya kenal sayang saya~

*giggles*

buat apa dicerita?
bahgia kita rasa
biar tak dipercaya
peduli orang kata
baju ronyok tak apa
asal pakai selesa
berkilau tak bermakna
kalau hati tak ada...

-like-

saya kenal sayang saya~

wassalam.. [time to study] :)

Friday, November 5, 2010

_makhluk Allah..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

masih diberi kesempatan untuk perbetul mana yang silap,alhamdulillah!



ampaian baju,jadi swimming pool..


hoho,macam mano nak masok nih?? seblah gas nih adalah mesin basuh yang tgh menyelamatkan diri dari air..padahal kalau teda air,dia takbleh berfungsi..hoho~


dari pintu depan asrama (inspin)..dah masuk kat kaunter naa..


tangki air yang bermutasi menjadi sampan asing berwarna hitam..


tinggal beberapa inci lagi nak naik tangga masuk ke asrama...nak join study sekali lah tuh.hehe


macam best plak main air kan?hihi


beg junior2 tinggal d ground floor..huhuhu mcm org nak p khuruj plak,hehe


saya kat aras 2..hee..alhamdulillah,no sweat!


NOTIS! kan dah gtau awal2,skang kota setar kering dah..ngee

***

banjir..
ada apa dengan banjir nih?
banjir itu makhluk..seperti jugak yang lainnya..
ia cuma mengikut arahan Tuhannya
untuk menimpa mana2 kawasan yang diarahkan kepadanya
mungkin bilangnya, ROGER BOSS!
huhu
kita pulak?
ketakutan?sedih?menangis?seram?palpitasi?jadi tachy plak?
huuu
makhluk Allah ini datang..
yang hanya bertindak mengikut arahan,
kita takut pulak..
berusaha untuk tidak kena banjir
naik ke tempat tinggi
bersembunyi bawah katil (hehe)
dan macam2 lagi..
sedangkan maksud Allah hanya untuk beri peringatan
kenapa takut pada makhluk?
Allah itu yang lebih besar dan berKuasa,kenapa tak takut?
heran heran heran..
terpana di hati bila kawan mula cemas
resah gelisah melihat keadaan
istighfar
pasti banyak silapnya kita ini..

dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik banjirMu ini..
Kau redho..mengampuni dosaku..(editing lagu yuna,hehe)

mulanya saya jugak takut,
takut di bawa dek air ke siam!
huhu
sebab saya pernah hampir lemas
ini bukan takut makhluk,
tapi fobia..huhu
atasinya dengan bermain air selalu,yeah!

manzil..
kita elak bencana..
seorang hamba yang yakin pada Tuhannya
pasti takut akan kemurkaanNya
bukan pada banjir itu sendiri..
baya2..istighfarlah T_T
tapi,kalau bencana itu lebih baik untuk kita
dan jalan untuk mendapat keredhoaanNya
maka ikhlaskan hati dan sanubari
terima seadanya..insyaAllah!
kau akan dapat rasa nikmat ketenangan hati
daripada gundah yang tak sudah!

oh..diriku yang semakin hanyut
bukan di bawa arus banjir
tapi dibawa oleh kesedihan meratap dosa2 yang telah ku lakukan
astaghfirullah..insaflah wahai manusia..
kembalilah kepada Allah..
sob..sob..sob

-Allah kuasa makhluk tak kuasa-

pesanan penaja: maaf gambo tak cantik,camera-bukan-canon kan..hehe
wassalam..

Thursday, November 4, 2010

_final exam year2..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa sykurillah :)

10/11/10 : 8.00am-5pm : osce (amali)
11/11/10 : 8.30am-10.30am : mamd (medical)
13/11/10 : 2.30pm-4.30pm : mabs (psychology)
15/11/10 : 8.30am-10.30pm : mach (kesihatan komuniti)
16/11/10 : 10.30am-12.30pm : mags (surgical)
17/11/10 : Hari Raya Qurban! <----cuti 4 hari insyaAllah..

mintak doanya ya sahabat2 sekalian alam...semoga Allah membalas jasa kalian dengan yang lebih baik lagi :)

hmm..apa yg penting,doakan saya untuk dapat jadi masturat..hee insyaAllah..jazakumullah hu khair..

disamping exam nih,saya rasa ndak berbaloi tanpa melaksanakan keperluan rohani..hihi memanglah,itu yang fardhu.insyaAllah..semoga hati ini kekal dalam perasaan sebegini.saya mesti mujahadah!kuat daripada sebelumnya.insyaAllah! huhu (josh sangat nih..)

pengisian rohani setiap hariku..yang diwajibkan ke atas diri sendiri,dengan kerelaan hati [tapi bila geng2 jin dan syaitan mengaggu,maka hati dimarah dan bagi amaran]..huhu kerana saya insan yang lemah..biasa2 saja..



doakan saya ya..may Allah bless.. :)

wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...