asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

alhamdulillah

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

hehe

lama nda meng-update belog. sedikit bizi yah dengan dunia. grr. hampeh sungguh -_-"

hmm..sudah kembali ke tanah air terchenta. alhamdulillah perjalanan selamat dengan sedikit ujian yang sungguh mencabar ketahanan fizikal dan keyakinan diri pada Allah :')

berterima kasih dengan sangat! alhamdulillah!

hee ^^

gumbira lah bersama2 dengan keluarga. bersyukur hanya pada Allah. pemilik segala yang ada di langit dan bumi. alhamdulillah.

final result lulus sudah. induksi habis sudah. berjalan ke Langkawi sudah (hot ok hot). berkampung di epot menanti flyt sudah. balik ke rumah pun sudah.

apa yang belum?

cukup. Allah sudah bagi kecukupan dalam segala hal. mashaAllah! alhamdulillah.

ke Langkawi tanpa berbekalkan kekayaan, hanya berbekalkan amanah yang diberikan oleh Allah melalui pengajar dan pengarah. maka hanya tinguk2 dan mendalami kebesaran Allah tanpa bisa merasai pantainya (akibat bizi dan tidak di ajak, haha) sedih..tapi alhamdulillah. inshaAllah dapat menguatkan dan meningkatkan rasa syukur dalam jiwa. antara dunia dan akhirat, lagi penting akhirat :)

membaca belog2 lain. alhamdulillah. saya bersyukur Allah SWT masih kekalkan hati antum semua dalam usaha atas iman. bersyukurlah anda-anda semua!


Alhamdulillah...

tapi saya macam mana?

***

doakan saya.
doakan saya.
doakan saya.
lemah diri tiada terucapkan.
hanya Dia bisa merungkai
segala yang terpendam di dasar yang dalam.
sediakan bekalan untuk ku bawa bersama.
dalam liang tujuh kaki dalam.
juga di bawah panasnya sejengkal mentari.
izinkanlah ya Allah.
inshaAllah..
Allahumma amin
Allahumma amin
Allahumma amin

-jazakallahu khairan kathira-

***

memasuki alam rumah tangga yang tangganya hanyalah satu iaitu depan rumah bapa saya. haha. jadi..mari menjadi suri rumah yang x berapa seri nih (sayalah tuh). haha. bersabarlah wahai bapa, adik dan abang..masih perasan diri tu pelajar walhal sedang memasuki episod tua. ikut tahun hijrah saya bakal memasuki usia 24 tahun. hehe. tuaaaaaa~

ohhhh..sedarlah wahai diri..jasadmu bakal shut down kerana telah tiba waktu yang ditetapkan. fikirkan.


T_T


wassalam


Tuesday, November 29, 2011

_akhirnya..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

subhanallah alhamdulillah laa ilahaillallah Allahuakbar..

tahun 1433H..alhamdulillah..tahniah semua..pasang azam terbaekk punya..selamat tahun baru hijrah..masih belum terlambat kan?hehehe :D asif..busy2..

banyak mau bercerita..maka bersedialah wahai pembaca setia (uhuk3..kalau adalah :P)

***

cherita Sg. Sedim..

sampai jugak hamba ke sungai sedim.yang nda pernah terfikir pun mau pi..sebab nda tau ada tempat tuh di Kedah ni..err..maaf ya..hehe

rumet saya, Fauziah Binti Ramidin, yang sangat suka travel tuh yang bagi kenal..dan sayangnya, beliau nda dapat join sekali trip ke sana..sedih sob3.. T_T

cherita sungai sedim menarik jugak..dapat naik Tree Top Walk, yang tinggi lebih kurang 26 meter dari aras hutan. dapat nampak puncak pokok yang pendek2. hehe. pokok yang tinggi xdapat lah yob..huhu then dapat main air sungai yang SANGAT SEJUK. Allah..besar nikmatMu pada manusia, namun manusia sering lupa (sayalah tu..isk3)


pintu gerbang bagi tempat itu..Tree Top Walk, Sungai Sedim.

maka bermulalah ekspidisi menjelajah hutan simpan..haha


melangkah dengan penuh semangat! hehe


nah..cantik kan pemandangan..tenang jak..hee :)


perjalanan yang panjang..


ini paras tertinggi..ditulis dalam MM sebab nombor nampak besar, grand sket kali? haha


pandangan dari atas...di ambil oleh diri saya yang nda-pro, menggunakan camera henpon J20i.haha tapi tetap, Allah bagi cantik!


and this is what i call art,using Canon D1100EOS. hmm. D3100, sabar lah. dunia semua tuh! hoho~

datanglah ke sini kalau anda ingin bertenang dan mengamati pemandangan hutan yang sejuk dan banyak oksigen. hehe. paling penting, dapat rapatkan ukhuwwah antara kami sahabat..alhamdulillah! :)

***
cherita 1433H..

kami telah dijemput untuk mengimarahkan majlis sambutan maal hijrah 1433H di Kediaman Menteri Besar Kedah. pergh. skema betui majlis..ingat yang simple2 jak..sempoi..rupanya sangat2lah besar majlis tuh..huhuhu

-dilarang pakai jubah- <--- pelik tapi benar..haha. jadinya berbaju kurunglah sekalian gadis2 rupawan (ahaks! :P)

Sultan Kedah datang tepat pada waktunya seperti dalam buku aturcara majlis..pukul 9pagi. alhamdulillah..bagus2 :)

ceramahnya best jugak.sempoi..xskema..sambil keluar pelat kodiang lagi..kasaq sket katanya..tapi baguihlah..semoga Allah buka hatinya untuk buat usaha agama..amin3..

ceritanya yang x lapuk dek zaman..kisah kasih sayang muhajirin dan ansar..terharu rasa..dan kisah manusia sekarang sungguh jauh berbeza dengan dua kaum yang bertemu kerana Allah..dush! dush! dush! terasa ambe. hehe

jadi..mari berubah kepada yang lebih baik daripada yang semalam, inshaAllah! fighting! ^_^

SALAM MAAL HIJRAH 1433H SAHABAT SEKALIAN

***

cherita Pen. Peg. Perubatan

hari ini kami semua, kumpulan 23 semester 6 tahun 2011, dapat name tag baru berwarna hitam(name-tag staff punyer.huhu dapat awal dan free.hehehehe)

dan alhamdulillah..semua lulus untuk semester ini..PNGK tertinggi seluruh semenanjung (kolej KKM) adalah calon daripada kolej kami, 3.78..alhamdulillah...tapi yang paling tinggi tuh orang hindu..hmm..xpa2..

saya...err...saya...err...haha biarlah rahsia! :D

best2..x lama lagi keja..dan tanggungjawab bertambah..ohhhh!

***

cherita hadiah!

dalam hari ini, saya dapat tiga (3) buah hadiah daripada insan2 yang sayang saya!(perasan.hehehehe)

dan saya sangat bahagia..yalah..jarang2 dapat hadiah, sekali sekala dapat ni seronok sangat! haha. nampak sangat x friendly mana saya ni. haha. :P


jeng3! pashmina coklat.hihi


rantai! :)


blok jubin berhias (suka hati jak bagi nama.haha)

***

mashaAllah! hati ini sungguh terkesima..jazakillahu khairan kathiran wahai sahabat-sahabatku..atas segala kasih dan sayang yang anda berikan selama ini..xda hadiah pun saya nda kisah (tapi kalau ada, SANGAT dialu-alukan.haha)

T_T

terharu sungguh!

trimas trimas trimas!

nda lama lagi bakal berpisah dengan semua orang..duh! macam mana ni? hmm..bersedia..mari bersedia..

setelah tiga tahun bersama..dengan jalinan yang terbina..Allah..beratnya..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..begitulah juga hidup ini..setelah dimulakan dengan kelahiran, akan berakhir dengan kematian..

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.." - Quran.

T_T

(fikir mati hilang manisnya dunia. urgh. sentap!)

Allah..sungguh Engkau Maha Mengetahui..semoga ukhuwwah yang terbina selama ini memberi manfaat kepada kami, kepada saya khususnya! semoga Engkau ampunkan dosa-dosa kami dan permudahkan kami berjaya dunia akhirat..amin amin amin..

akhirnya..kami sudah boleh bergraduasi. (sebenarnya nda mau ikut majlis itu.hehe niat terpasang indah sudah ni..ermm)

gadis2 kumpulan 23, kakak dan adik2 junior..saya bakal rindu kamu semua! :')

tsk..

hmm...inshaAllah esok pulak...saya bakal menghadiri kursus pra-perkahwinan, yang dijalankan di kolej. niat saya cuma mau mencukupkan kuota peserta yang tidak cukup..tapi bila dfikirkan balik..HE HE HE..bagus jugak ambil awal2. jimat bah..pakej student, RM50. di sabah mahal bahhhhhh... :D

inshaAllah..doakan semoga Allah permudahkan urusan kami pada hari esok..jazakallahu khairan in advance!


bah..penat sudah saya ni menaip..mau bersedia untuk hari esok.yeah! <--- terlebih semangat pulak. haha. adios.





wassalam..



p/s: entry ini telah diedit..harap dimaafkan..manusia itu pelupa..huhu sayalah tuh, isk3.


Saturday, November 19, 2011

_dewasakah..?

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

dunia sementara, akhirat selamanya.
rancanglah kehidupan sebaiknya, agar tidak kau kesali di akhir cherita.
inshaAllah.

menanti debaran result final tahun akhir. semoga LULUS + CEMERLANG. amin. minggutension sudah berlalu. rupanya terkesan dengan exam! wargh..pancung diri sendiri kan bagus.

=.="


-apa perasaan anda menjadi Super Senior?-

nothing. emptiness. seriously!

ya..macam biasa, hidup seperti roda. bakal meninggalkan liku-liku berbeza yang dilalui. jika berpatah balik, menghabiskan minyak kereta. ye dok? haha

ok. habis jak exam, saya merasa kebiasaan yang berlaku. tiada apa-apa. sekadar exam dah habis. itu saja.

haha. empty you.


selamat tinggal name tag merah (super senior?)
-_-"
-bakal berkerja-

ya. saya bakal menjinjing tanggungjawab yang hebat. mampukah diri ini? oh...

"laayukallifullahu nafsan illa wus'aha" - Quran.

mashaAllah! inshaAllah..mari husnus zhon kepada Allah. segalanya pasti baik-baik saja. bakal menempuh kehidupan yang penuh emosi dan memerlukan kerahan fizikal yang tinggi. Allah..kuatkan hati hamba. amin.


fighting! =D

-menanti sesuatu-

dan apakah sesuatu itu? hoho. biarlah terbuku di hati gelap ini. hurmmmm...heee~


*senyum*

*****

mari bersenyum sentiasa. kalau termasam muka, maaf dimohon diri tidak terasa. terkadang beku, mudah pecah namun masih dipelihara. semoga difahami ertikata kehilangan yang menoda. hingga jiwa raga kalut ribut damai dicipta.

selamatlah wahai kehidupan yang mendatang.

*****


semakin terasa berusia. dewasakah saya? hoho. masih terasa cute kot? ^___^ (ketawa guling2, mematikan hati yaw!!!)

jangan lupa tingkat amal sekaligus iman. lemah beno diri ini. doakan saya. jazakallah.



wassalam..

Sunday, November 6, 2011

_salam aidiladha 1432H..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar :')

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')

beraya diperantauan, seperti biasa.

Alhamdulillah..merasakan lagi keindahan Aidiladha 1432H, pada hari ini..penuh keberkatan..penuh kesyukuran..penuh kesyahduan..

T_T

sekadar ingin mengucapkan..Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, 10 Dzulhijjah 1432H..bersamaan 6 November 2011 :)


(klik untuk besarkan, tak beso mana pun,hee)

semoga kita mendalami erti Qurban sebenar..Qurban fisabilillah inshaAllah..

semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar r.ha menjadikan kita lebih bersemangat dan Josh! :D inshaAllah..besar pengorbanan mereka, sehingga menjadi sejarah, dan kita masih meraikannya sehingga kini..sehingga akhirnya inshaAllah..

jika ingin dibandingkan..kerdilnya diri dengan hati yang hina. astaghfirullah. :'(




wassalam..


Sunday, October 30, 2011

_iklan lagi..?

in the name of Allah swt..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..pukul 8 pagi nanti masuk kerja semula, masih di klinik kota sarang semut. hehe sempat jugak saya mau post sesuatu..

seperti biasa, tiap minggu, hari ahad kami menumpang van kolej yang hantar student ke Yan, untuk balik klinik. dan setiap kali itu juga radio dipasang sebagai hiburan anak muda di dalam van tersebut. haha. saya orang tua lah kalau macam tuh, sebab tidak terhibur. hakhak :P

tapi, hari nih, saya terdengar lagi satu iklan..yang semoga iklan tuh tidak lagi diperdengarkan. anda tahu iklannya bagaimana? hmm..

"kalau macam tuh, jangan makan beramai-ramai. kalau makan sorang-sorang, pandailah dia basuh sendiri pinggan lepas makan."

(lebih kurang atau langsung xsama ayatnya.haha tapi at least mesejnya sama.)

tip PANAS dari panas.fm untuk orang2 yang menyampah jadi kuli kepada orang-orang yang liat mau basuh pinggan lepas makan (SENTAP-hatimaknak!)

what is your opinion people?

makan berjemaah itu sunnah. ok, is that ad x fikir yang majoriti penduduk Malaysia adalah muslim? err..or is it just me who fikir macam-macam nih?

and ikramul muslimin. Nabi s.a.w ajar kita untuk sentiasa memuliakan saudara/i muslim yang lain. kan kan kan? so apapun keburukannya, dia tetap Muslim, means saudara/i. dan kita sepatutnya membantu sesama rakan, x kiralah dalam apa jua situasi, basuh stokin sekalipun, niat kerana Allah. sebab hanya Allah yang menilai, not human beings.



don't judge, but think. it's just an opinion from the bottom of my heart. haha. jiwang seh.



wassalam.

Saturday, October 22, 2011

_kehidupan diteruskan..

in the name of Allah..assalamualaikum wbt..

:)

lama beno nda update mera bloggy hei..mera matlab..err..okay, saya fail bahasa urdu, hehe :P

alhamdulillah, living as a slave of my Rabb, a daughter, a sister, a friend and even as a super senior in college..alhamdulillah..smiling over and over again, its a big bless!

inshaAllah kini, masih menyambung praktikal untuk tahun tiga, tahun terakhir pengajian dalam latihan untuk bergelar seorang Medical Assistant. di negara luar orang panggil paramedic. sekarang masih berpraktikal di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut, Kota Setar, Kedah.


berjumpa dengan orang-orang kampung..senyuman tertebar luas saat menjejaki klinik untuk bertugas..dipanggil dokter..ohhh..hehe..tumpang sekaki title doktor walhal pembantu perubatan PELATIH saja.. :P

"assalamualaikum..sakit pa haghi nih?"

soalan rutin yang tidak lekang dari bibir setiap hari..tapi kalau non-muslim ucapkan selamat saja. depa pun paham. hee.

ok..sudah2la pasal kerja..sekarang bercerita sesuatu..mari cerita pasal kerja yang lebih utama..hati sudah beku sebeku iceberg yang kapal Titanic langgar hingga karam di lautan! urgh!i need a break dowh..

***

saya ada terbaca satu entry di blog ini berkenaan jemaah yang menghidupkan usaha atas iman. mashaAllah. hidayah itu milik Allah. sungguh terkesima dan kagum dengan usaha agama ini or people rather call it as jemaah tabligh.

ndapa..gelarlah apapun..asalkan pokok pangkalnya benar..asalkan caranya betul dan mengikut sunnahnya Nabiullah..peredaran zaman tidak patut dijadikan alasan untuk ketepikan sunnah Nabi s.a.w yang mulia ini..kerana kejadian manusia tetap sama, fitrahnya tetap sama, maka cara untuk mengajak manusia ke jalan yang benar juga perlu sama seperti yang telah diajarkan Nabi s.a.w kepada kita..

inshaAllah semoga hidayah Allah tersebar seluruh alam asbab jemaah keluar berkorban kehidupan di jalan Allah..bukan mudah nak mujahadah tahu, tambah2 yang sudah berkeluarga. membaca karkuzari dari blog2 karkun buat saya terkesima sendiri. mampukah diri ini melawan nafsu dunia untuk akhirat? ingat..wanita juga perlu berkorban hati dan perasaan demi agama Allah..yelah nanti suami (in future?) bagitau mau p khuruj lepas menikah dua hari, x ke naya hati tuh. kalau bukan kerana cinta, yakin pada Allah dan dengan izin Allah, semuanya pasti berantakan. inshaAllah, Allah bagi mudah.mudah.mudah. amin! :)

amboiiiii..kesitu pulak cik baya ni songeh sorang-sorang. hehe. sebagai peringatan kepada diri yang lemah ini. Allah...semoga Allah beri saya kekuatan untuk sentiasa mujahadah dalam dunia yang fana, inshaAllah (please aminkan. hee)

***

mencari ketenangan dalam dakapan iman. sedang berusaha meneruskan pembacaan kitab dan menghabiskan pembacaan novel Isabella. huhu. best novel ni. perbandingan agama Islam dan kristian, nukilan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi (terjemahan sasterawan negara, bukan A. Samad Said) alhamdulillah, baru beli semalam (jiah yang belikan,main kirim2 jak.haha), sudah separuh cerita dibaca. aikkk novel ni lah novel pertama yang saya baca paling sekejap seumur hidup saya. hahaha biasanya memakan masa hingga seminggu atau berbulan untuk sebuah novel. haha



bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran..ingatlah sesungguhnya hati akan tenang mengingati Allah..

bapa sedang sakit lagi di sana, mohon doanya sekalian pembaca (kiranya ada). jazakaAllah khairan kathiran!

hati penuh duka, wajah dihias senyuman. hanya mahu bersendirian, tidak perlu disebarkan. sekadar titik di dalam kalbu yang bisa memendam segala yang pahit bukan untuk ditelan, namun perlu disulam dengan ingatan dan berdoa pada Tuhan. inshaAllah hati bisa tenang. ku tahu ikramul muslimin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, kerana itu dukaku bukan untuk santapan sahabat2ku. pasti mereka juga punya beribu kedukaan yang tidak diketahui aku. ahh..bisa saja aku membuang segalanya, namun kerana Tuhan dan kasih sayang, ku suburkan hubungan yang akarnya persahabatan, Lillahi ta'ala.

STOP?



wassalam..


Thursday, September 29, 2011

_at least..

in the name of Allah..assalamualaikum wbt..

acapkali kita dengar these two words. at least..terus, saya pun befikir lah cukupkah dengan dua perkataan ni, kita merasa lega dan tenang. aman damai tenteram hidup di muka bumi nih..hoho..

dua perkataan ni seumpama jadi simbol yang kita rasa diri kita 'selamat' atau dalam kata lainnya, kita dah rasa cukup dengan hidup nih..nooohhh???

bukan saya nak ajak hampa semua x bersyukur dengan nikmat Tuhan..no no no..it's another way back. biasanya words ni digunakan semasa beramal..x kiralah amal apa pun..huhuhu~

untuk memudahkan kefahaman bersama, saya selitkan beberapa dialog yang menjadi siulan umat zaman sekarang..hmm.. (semoga Allah bagi kita faham, amin)

dialog satu:


"aku tau free hair tu salah, tapi at least aku solat. ada orang pakai tudung jak tapi x jaga solat.."

dialog dua:


"at least aku bagi sedekah lagi dengan makcik tuh..daripada orang kaya zaman sekarang ni, satu sen pun haram mau buat sedekah! cist!"

dialog tiga:


"it's okay kalau tak tutup aurat dengan sempurna pun, at least aku tau nak jaga diri macam mana. lagipun aku x sosial macam minah2 kat luar sana..zaman sekarang ni, tutup2 pun sosial jugak!"
***

dan banyak lagilah situasi2 'at least' yang agak2 lah popiler zaman sekarang ni..hmm ada sesiapa yang terasa, saya mintak maaf sebab saya pun terasa jugak! T_T

ulasan pra-matang (daripada otak empunya blog) :

DIALOG SATU:

maaflah saya tidak setuju. solat itu kewajipan dan menutup aurat itu pun kewajipan. hang solat, xpalah dah lepas satu kewajipan. tapi sangkut tang tutup aurat, jawab sendiri nanti ya. lagi pula, dosa dedah aurat nih bapa kita yang tanggung tahu? jadi fikir2kanlah..xkan nak tarik ayah masuk neraka? nauzubillah! satu lagi..dahlah x tutup aurat, hang pi mengata lagi orang pakai tudung tapi x solat..janganlah mau doublekan dosa yang sudah triple-miple yang...~

DIALOG DUA:

pasal sedekah pun mau cakap macam tuh lagi ka? hmm..nda taulah..siap mengata urang lagi..selamatkah begini ya? ini menyedihkan, bukan selamat namanya..

DIALOG TIGA:

satu lagi..kes x tutup aurat dengan sempurna pun selalunya jadi bualan hot di kalangan remaja sekarang..ni mesti dah kena ajak pakai labuh2 nih..dah tu, siap ngutuk lagi..adeh..hmm..

'you know, x cutelah labuh2 nih..'

owh..jadi hang dok pakai lilit sana lilit sini seumpama kain yang kusut tersimpul di hujung tuh hang kata kiut miut lah ya? sorry..TIDAK SETUJU. anda tahu kebenaran cuma terkadang tidak yakin dengannya.. wallahu'alam..

(bagi yang berniat untuk melabuhkan jilbabnya..silakan, silakan, silakan! jangan diikut sikap si baya ini..sungguh tidak ada kepositifan di dalam entrinya, aiyak!)

kerana sesungguhnya..

"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-siterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah maha Pengampun, maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

subhanallah..Maha Suci Allah..yang menyucikan hati dan sanubari manusia..semoga terhindar dari sifat mazmumah inshaAllah..amin..

jadi, perkataan at least jangan disalah gunakan..ia bukan penyelamat kita untuk kita bersenang lenang di dunia. amal cukup makan jak hingga tiada keinginan dan usaha untuk tambah amal. nauzubillah. mesti ada aim mau masuk syurga di samping Rasulullah saw kan..??

mari beringat..iman meningkat dengan izin Allah dibantu dengan usaha untuk istiqomah dan menambahkan amal ikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, inshaAllah..err bukan tokok tambah sampai jadi bidaah pulak..huhu

lagi satu..dah tahu diri ada kekurangan, jangan pula dibandingkan dengan kekurangan orang lain. itu mengaibkan namanya. mungkin hang masih x nampak kebaikan orang tuh daripada diri hang sendiri.

never judge. but, think properly as we are also human being. full with mistakes to be corrected as long as we live in our Deen. inshaAllah, berubah ke arah yang lebih baik..macam best jak cakap omputih walaupun broken sana sini.ehehe



wassalam..


p/s: entry ini lebih menjurus kepada nasihat untuk diri yang lemah nih..astaghfirullah! jika jadi asbab untuk berubah, inshaAllah kebaikannya datang dari Allah SWT..semoga bermanfaat :)



Tuesday, September 27, 2011

_berjinak-jinak..

in the name of Allah SWT

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..bersawang sudah blog saya :P

sebenarnya idea banyak..tapi ayat tidak tersusun akhir2 ni..berterabur semua entah ke mana arahnya..mungkin idea nda berapa mau bernas kot? huhu..ampun dan maaf di pinta, blog ini tidak memberi apa2 faedah buat antum sekalian..atas kelemahan penulis blog sendiri AKA saya =.="

***

cuba teka..saya pakai purdah atau tidak?


hmm..


hmmmmm...


hmmmmmmmm....


tettt! habis masa!


jawapannya..


jeng3..


cakk!!! hitam itu menawan :)

biarlah rahsia! huhu selamat meneka dengan baik..hehe


sedang berjinak-jinak..sudah lama niat tertanam..sejak berkenal dengan usaha agama..sejak Allah ilhamkan keindahan wanita tertutup itu sendiri..mashaAllah..indah ok, indah! :) semoga dipermudahkan inshaAllah..

Allah yang membolak-balikkan hati..Allah juga yang membuka hati..malah padaNya segala perasaan diluahkan..wuwuwuwu

inshaAllah..

semoga kekal hati ini dalam usaha ini amin! inshaAllah..(tolong aminkan jugak ye..hehe)

kalau anda perasan (yg ada add saya dekat FB lah.haha) saya dah jarang nak update status. saya jarang komen status orang. KECUALI saya rasa gatal tangan menaip nak komen. ha..ha..ntahlah, saya rasa FB x bagi apa2 keuntungan akhirat kecuali sebagai perhubungan berbayar yang kita tak sedar yang kita bayar bil broadband..macam free je FB tuh kan? haha..walhal duit melayang ke FB je masa buka internet (wargh...sentap diri sendiri)...kira infaq ke kalau berdakwah dalam FB? hohoho wallahu'alam..jangan ditanya si penyoal, nanti dia semakin kompius..grrr ^^

tiba-tiba plak memanjang pasal FB, sorry peepz! hee

maksud tersirat saya..saya malas nak bersosial melalui FB sangat..(yelah x sosial ngko! haha) inshaAllah..semakin dikurangkan..kalau saya xpernah komen atau like status anda, saya belum mati dan bukan x ambil peduli..cuma biar diketahui senyap2, dan dalam diam doa diberi..inshaAllah..kegembiraan datang hanya dengan keizinan Allah..bukan dengan komen saya atau like saya (pergh...ayat macam ber-fanclub pun ada.hahaha maaf, saya je perasannnnnnn lebeyh..sebenarnya ayat ni bajet femes :P)

ignore the unimportant things i'd said above.. ^^

berbalik kepada kisah purdah yang terkoma sebentar tadi..ramai yang kata orang pakai purdah ni anti-sosial. hoho. ye ke? pada saya, orang yang pakai purdah nih adalah antara manusia yang paling mesra sesama golongannya (wanita) tahu! hehe..jika wanita itu faham akan usaha agama, faham tentang ikramul muslimin..mashaAllah..anda akan dilayan seperti puteri tahu! (idaklah sampai gitu, seumpama gitulah.huhuhu) smesra yang bisa. walaupun kenal baru sehari, tapi kemesraan tidak terkata..macam dah lama tinggal sebumbung je lagaknya..mashaAllah, indahnya ukhuwwah kerana Allah :)

saya tahu pun sebab saya sudah merasainya..dan banyak karkuzari dari group masturat dalam FB. wah...ada jugak guna FB nooo...huhuhu

cumanya saya ni masih lemah lagi..masih banyak keterlupaan amal masa bersosial sesama teman2..haa..maafkan kelemahan diri yang tidak disedari (ka x sedar diri? hmm..)

doakan agar hidayah tersebar seluruh alam dan doakan saya juga..agar sentiasa memperbetulkan niat dan dipermudah urusan di dunia dan akhirat..jazakumullah khair! :)



wassalam..



p/s: sudah dapat jawapan? hehe..~


Sunday, September 4, 2011

_sakit mata..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

kullu a'amin wa antum bikhair..^_^ selamat hari raya (yang dah 5 hari lepas..hehe)

raya aidilfitri sehari jak,tapi skang orang beraya berhari-hari..ada yang sampai sebulan kot?hurm..terlalu gumbira kot? wallahu'alam..

hari ini berjalan-jalan ke rumah besties. Diana Shaffernah Binti Samsudin. huhu lama nda jumpa, rindu betul! alhamdulillah..masih berkesempatan bermaafan dan bersenda gurau dengannya.. :)

tidak lupa jugak dengan Rosita Arsyad dan Al-Sheena Abdul Nasip. hehe. nama penuh plak tuhh..baya2..hihi

keluarlah segala cherita2 lama..kes2 jadi pelakon handalan. hahaha. best! long.. long.. long..time ago dude. well, kinda legend. haha

***

pastue pi pulak berjalan ke bandar Sandakan. hehe. lama nda jejak, dah 8 bulan dowh! banyak jugak perubahan. bangunan dah banyak yang penuh dengan storeys. haa..sakanlah manusia berkeliaran ke sana ke mari..Allahuakbar..jauhkanlah!

kononnya mau pi cari henpon baru..tapi Allah x izin, kedai yang dituju dah tutup. alhamdulillah, jimat! hahaha :P


p pulak ke Gentingmas Mall. huh! seperti biasa, manusia ramai dari barang. erk? haha. ndak, maksud saya manusia ramai. oke, ramai. (sayalah antara satunya...T_T)

dan..saya kira-kira dapatlah mengira beberapa peratus wanita yang melindungi mahkota(crown) depa. alhamdulillah, MASIH ADA.

namun..AGAK RAMAI yang 'tayang' mahkota depa puas-puas. duh! sakit mata terus. dan sakit jugak jiwa. oh jiwa!

sememangnya saya ni sakit mata. ada jangkitan sikit, bengkak dah. conjunctivitis. alhamdulillah, semakin membaik. bapa bagi ubat titis mata. ermm..sebenarnya ubat tuh dah expired, tapi asbab bapa yang bagi dengan ikhlas, Allah bagi bengkak mata surut. :) gumbira jek hati. hehe.

berbalik kepada 'sakit mata' saya yang satu lagi. semakin ramai lagaknya yang tidak jaga mahkota bebaik. kalau hangpa pakai tudung yang belit2 tuh, xpalah..semoga Allah bagi hidayah lagi dan lagi. dan pada yang xpakai langsung...kesian kat suami hangpa tau..err..semua orang dah nampak..err..tutuplah..err..huhuhu..

SEMOGA ALLAH BERI HIDAYAT SELURUH ALAM. AMIN!

sedih hati saya. cara saya pakai pelik sangat ka? saya cuma mau contohi para sahabiah r.ha. walaupun saya xmampu tiru 100%, tapi saya betul-betul mau! err...sorry, ter-emo plak. huhu. sebab setiap kali pun saya dapat pandangan separuh pelik. err. husnus zhon. mungkin dorang pun mau, tapi masih segan. inshaAllah, doa dan usaha! :D

“Pada awalnya Islam itu asing dan Islam akan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing.”
(HR Muslim no 389 dari Abu Hurairah)

ok2..dah la mencarut sana- sini. huhuhu. ampun maaf dipinta kiranya ada yang terasa. saya tidak berniat, cuma nak memberitahu isi fikiran kepala saya. hehe.

ini ada gambar2..err..gambar satu syawal 1432H..gambar abang, adik2 dan satu gambar sesat. ahahaha xda kena mengena ngan entry. layan jak lah. hehe :D



the eldest one. huhuhu. dengan baju baru yang rumet saya pilihkan. haha :D



hihi. senyum! ^_^
(dia x pakai baju raya yang saya belikan. huhu. katanya, belum lagi mau pi beraya. ahaha)



ikhlas ka ndak nih?! hahaha.. ^^,
(sengih2 jak dia ni di hari raya aidilfitri. mau duit raya lah tuh. isk3)



ini si kakak. dan si adik. haha. sorang2 jak pakai tudung dalam rumah. hoho. sabar seja lah! :D




selamat hari raya aidilfitri :)


wassalam..

Monday, August 29, 2011

_salam eidulfitri 1432H..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

segala puji dan syukur hanya pada Allah SWT yang memberi keizinan kepada saya untuk sampai ke sandakan walaupun kesihatan fizikal tidak mengizinkan. huhu. sampai sudah di sabah ni haa..hehe dok on9 dalam bilik sendiri. hoho seronoknya :D

dah dua tahun beraya di perantauan, kali ini beraya di rumah sendiri. seronok. walaupun suasana tidak seperti 6 tahun yang lalu, yang penting hati bahagia tengok adik-adik dan abang sendiri bahagia :)

Alhamdulillah..terima kasih Allah..

sampai sudah ke penghujung Ramadhan..semoga Allah beri kita rahmat dan redhoNya sepanjang bulan mulia nan indah..semoga Allah menerima segala amalan yang diusahakan dengan sepenuh kudrat yang boleh. Alhamdulillah..kini syawal pun menjelma..

bersedih...Ramadhan sudah ingin pergi...semoga jumpa lagi...AMIN3!

T_T



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI BAYA SEKELUARGA.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
KIRANYA ADA YANG SAYA TERSILAP KATA HINGGA ANDA SEMUA TERASA HATI.
MOHON AMPUN ATAS SEGALANYA.
:)

taqabbalallahu minna wa minkum!

inshaAllah..

jemput datang ke rumah kalau tahu di ceruk mana rumah hamba tercacak. hohoho.

hari raya, ramai jugak yang bertunang dan bernikah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. saya pulak...err...sekadar memeriahkan majlis lah! hehehe xkan nak jadi pengapit kot? haha

bertunang?
bernikah?


awal lagi kot? kalau ada, inshaAllah adalah tuh..hehe surprise!!! :P




wassalam.

Sunday, August 21, 2011

_dugaan hamba 2..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

semoga sihat2 walafiat semuanya, dapat beramal sepenuh tenaga hanya padaNya..21 Ramadhan, fasa ke tiga..siri pelepasan daripada api neraka. inshaAllah. doa doa doa. amin..

masuk fasa ketiga, Allah hantar satu makhlukNya pada saya. saya kena chicken pox. to be true,saya sudah kena masa umur 6 tahun duuuluuuuuu...dan skang, kali kedua. nampaknya imuniti kurang memuaskan. hukhukhuk

Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa. :)

hari kedua. low grade fever. bintik2 comel merajai beberapa inci of my body. jangan risau baya, mau balik sandakan sudah :D

serba ringkas macam mana kantung warna putih terhasil.

orang kenal chicken pox as cacar air. sakit tuh, biasalah. pening, uncontrollable headache. memang agak teruk jugaklah..

merebak melalui sentuhan direct dengan pesakit dan droplet. it's a contagious disease. penyakit berjangkit. huhu. jangan dekat dengan saya tau.

virusnya namanya varicella zoster. cantek kan namanya. tapi sakit bila bertandang ke kulit. biasanya budak2 kecil jak yang kena, tapi tidak mustahil untuk orang dewasa kena (macam saya). jadi ibu-ibu sila awasi anak anda. kalau terkena, jangan biar dia garu ya. sesungguhnya memang gatal.

T_T

masuk kali ini, sudah dua kali ujian Allah bertandang di bulan Ramadhan. Allah. Engkau maha mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk ku. semoga ujianMu ini Kau limpahkan diriku dengan pengampunan dan berkah dalam bulan Ramadhan. :)

kawan2, jangan lupa tambah gear amal ya, fasa ketiga dah ni. dah nak habis dah bulan mulia nih :( jangan biarkan dia berlalu tanpa amal walaupun sekecil-kecil ucapan zikir dalam hati. inshaAllah..

kejar lailatul qadar semahu-mahunya! biar bersungguh-sungguh hingga ke dasar jiwa. inshaAllah, Dia maha Melihat segala sesuatu di muka bumi ini.


bah..mari masak bubur untuk kesihatan badan! ehehe :D


wassalam..

Friday, August 19, 2011

_tanya, jawab sendiri..



in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

19 Ramadhan..bakal menemui penghujung fasa kedua ini..mari tingkatkan gear untuk tambah2 amal..jangan buang masa..ganjaran melimpah2 bagi mereka yang bersedia berkorban! :)

...

semalam saya dan dua rumet saya berpergian ke Giant, untuk menikmati juadah ayam goreng di Marry Brown. ehem2. teringin sebenarnya mau makan smiley potato. cedap! :D

...

dipendekkan kisah berpergian kami ini, kami pun naiklah tingkat dua untuk meninjau2 rezeki pakaian daripada Allah. huhuhu. melekatlah satu di mata hati dan mata zahirnya. walaupun tidak penting, tapi keinginan membuak-buak nak yang itu. maka dapatlah sehelai jubah promosi RM 49.90 untuk lebaran mulia nanti inshaAllah..alhamdulillah..(sebenarnya 49.90 tuh still sangat mahal bagi saya oke!)

tiba-tiba pulak melencong ke kisah jubah. haha. sorry, selingan semata-mata.

di samping mata yang rambang, sibuk jugak ia melilau melihat pemandangan 'manusia'. sungguh padat tempat ini daripada biasa, di waktu ini. hmm..ramai yang nak membeli belah untuk raya kot? yelah kot..hmm..

hati berbisik. (isk, dia mai dahhhhh....!)

"kenapa ramai yang dok sini, depa x pi solat terawih ka?"

oke2..mari kita BERSANGKA BAIK..mereka solat terawih dekat rumah..solat terawih sendiri2, ikut sunnah Rasulullah saw inshaAllah..

"tapi..lelaki pun ramai..depa tak pi solat dekat masjid ka? solat fardhu berjemaah itu kan sunnah jugak?"

err...

salah saya tidak berkorban lebih..tsk! T_T

***

sedap menjamu juadah MB rezeki daripada Allah..hingga menjilat jari. kata nak ikut sunnah? inshaAllah.. :)

mata ditangkap oleh satu pemandangan. erk! diameter bukaan mata bertambah 2mm kot? mashaAllah..

untuk kesekian kalinya, hati berbisik lagi...

"astaghfirullah..sudah2..jangan dinilai manusia!"

tudung zaman sekarang bermacam-macam bentuk. sehingga saya kadang2 tidak tahu tujuan mereka menggunakan sehelai kain itu di kepala mereka. astaghfirullah. silap saya tidak berkorban lebih! :(

lilit lilit, pusing pusing, warna warni, kaler bunga-bunga, berjalur-jalur, cun melecun, bersanggul serupa tanduk, menjadi igauan muslimah kini. sedangkan terang nyata benderang hadith Nabi saw tentang bonggol unta tersebut. isk3..silap saya jugak!



tudung jenis macam ini pun ada ka? isk! T_T

err..boleh bawa ka sanggul macam ni? xberat?

sabdaan Baginda s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَاyang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."

diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

-copy paste dari blog orang-

haa..patutlah saya malas sangat mau berpergian ke mana-mana. hati terguris dengan silap sendiri! astaghfirullah..

semoga kaum adam yang sedang membaca tulisan buruk ini, tiadalah yang tinggal solat jemaah di masjid atau surau..AMIN. dan semoga si hawa yang membaca di sini tiadalah yang bersanggul seperti punuk unta kelihatan di kepalanya. AMIN.

semoga kita berubah ke jalan yang benar dan lebih baik..adakah yang lebih baik selain daripada mengikuti al-Quran dan Sunnah Nabiullah s.a.w? amar makruf wal nahi mungkar inshaAllah..Allahuakbar!



wassalam..

Wednesday, August 17, 2011

_bakal bersama semula..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

Allah sabse barahe, makhluk nehi hota he..

alhamdulillah..wa syukurillah..sudah 17 Ramadhan 1432Hijriah..masih bernafas dengan baik..kadar inspirasi dan ekspirasi masih normal..cuma terkadang terlalu dalam untuk saya menarik nafas, menanggung rasa sebal atas dosa sendiri..

T_T

Ramadhan bakal berakhir. apa yang sudah saya lakukan? aduh..cukupkah amalan? meningkatkah iman? di mana cinta? perit terasa di kala hening fajar menyinsing, saya terkulai melayan comforter disulami kedinginan alam, heh! menyedihkan!

sungguh, hidup ini bukan mainan..mati itu pasti..yang bermula bakal berakhir..semoga diberi kekuatan untuk beribadah lagi dan lagi! inshaAllah!

chenta..

sedang menanti hari untuk bersama semula..hati sangat merindu, namun ditahan sebak untuk mengundang bahagia..inshaAllah, segalanya bakal berakhir jua..(perlukah bermadah swasta di sini?hihi)

tarikh berlepas inshaAllah on 28th of august 2011, bersamaan 28 Ramadhan 1432H, flightpukul 8.30am daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah ke LCCT..kemudian ke Lapangan Terbang Sandakan, Sabah..menanti dan terus menanti..ndak sabar mo balik sabah! oh! :)

*sungguh, hati ini rindu*

berkira-kira..saya sudah berusia 22 tahun dan beberapa bulan..heh..sudah tua rupanya, isk3..dan di usia ini saya masih belum bisa berbakti dengan baik untuk bapa saya, untuk keluarga saya..haaa..bukan mengeluh, cuma mencurahkan tinta yang tidak terkeluar di dasar lidah..erk! jangan sampai tercekik ye kak..

inshaAllah..pasti ada masanya, setelah bersama semula, segalanya inshaAllah baik-baik saja..amin ya Allah :)


-kelabakan tunggu kau kunjung pulang-

bersempena Ramadhan Mubarak..saya ingin menitipkan beberapa coretan (lagi dan lagi..hehe)

puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sudah semestinya! :)

ibadah fardhu jangan tinggal, digandakan hingga 70 kali pahalanya, mashaAllah!!! untuk kaum sejenis saya, ibadah di rumah (di dalam bilik) itu lebih afdhal..inshaAllah termaktub dalam hadith. jangan cakap saya larang pi surau @ masjid pulak ya..hihi selagi tidak mengundang fitnah, silakan diteruskan keinginannya.. :)

yang lain-lain (amalan sunat mengikut sunnah Rasulullah saw)..lakukan semampu yang boleh, inshaAllah..kesungguhan dan kekhusyukan itu Allah saja yang bisa nilai..semoga beroleh keredhaan Allah dan ketaqwaan meningkat hanya padaNya.. :)

oh ya..jangan lupa untuk doa memohon berjumpa lailatul qadar..tapi di samping doa tuh, jangan tido dengan air liur meleleh pulak..doa sambil bangun malam, inshaAllah..semoga bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..amin! :)

simple jek..doakan saya juga ya..jazakumullahu khair..

mari bersama-sama tingkatkan amalan inshaAllah! lebihkan akhirat untuk kebahagiaan bersama, hehe..semoga Allah redho..amin ya Rabb..~

selamat meneruskan perjuangan buat antum semua.. :D



wassalam..


Thursday, August 11, 2011

_kesukaan saya..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

alhamdulillah wa syukurillah..

saya sangat berbahagia..Allah kurnia Ramadhan..saya sangat suka Ramadhan! :)

kenapa?

xpayah cakap ganjaranlah, berlipat2 kali ganda ganjaran Allah beri di bulan mulia ini! semua orang pun tahu..kan..kan..kan..? hee

saya sangat suka bulan Ramadhan bukan takat kerana ganjaran berlipat ganda ganda..bonus bonanza di sana-sini..pahala ibarat SALE pun ada..Allah..sungguh Engkau Maha Pemurah ya Robb.. T_T

saya suka bulan Ramadhan ni..sebab..

saya nampak semua orang berlumba-lumba berbuat kebaikan..semua jadi baik di mata hati saya..semua jadi indah..saya suka orang jadi baik-baik belaka..

bila orang nak marah, xjadi marahnya..bulan posa nih..xbleh marah2 (erk! bulan lain bleh marah ke? sentap hati mak nak..huhu)

orang berlapar kerana Allah SWT..semua kerana Allah..orang berbuka kerana Allah..orang bertarawih kerana Allah..Allahuakbar..besar sungguh kekuasaanMu ya Allah :)

di muka-buku, saya nampak ramai yang post2 status pasal Ramadhan..ramai yang cerita tentang ramadhan..Ramadhan jadi isu utama..cherita hangat..malah ramai jugaklah yang cerita bab bazar ramadhan..erk! adeh sentap lagik..~

jangan heran, ada juga yang sudah siap jahit design baju raya terbaru! huhu..PUASA JANGAN LUPA, TAHU? :)


serba ringkas :)

semoga Ramadhan tidak berlalu sia-sia..semoga Ramadhan dimanfaat sebaiknya..semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk sentiasa tingkatkan iman dan amal dalam kehidupan sehari-hari..semoga Al-Quran dan Sunnah Nabi saw menjadi panduan dan ikutan..semoga Allah beri faham hakikat makhluk sebagai hamba yang kerdil di muka bumi..yaQin Allah SWT maha kuasa, makhluk sikit pun xda kuasa..mashaAllah!

bulan ini bulan untuk tarbiyah hati..tarbiyah diri agar tidak terikat dengan dunia semata-mata..banyakkan amalan2 mulia..

baca Quran, khatam Quran..
solat diperbanyakkan..
zikir..
taklim..
ikram..

(ehem2..baya ni buat ke tak ni..ish3 *sambil geleng2 kepala*)

di pandangan orang-orang, manusia yang berjaya itu adalah mereka yang bisa memiliki dunia..namun bagi saya, orang yang berjaya itu hanyalah mereka yang faham agama dan menjadikan agama sebagai kehidupan di dunia untuk bekalan akhirat..ingat! DUNIA ITU PENJARA BAGI MUKMIN..inshaAllah

Allahu Robbi, wal islamudinii, Muhammadun nabiyyi.. :)


Ramadhan, tolong jangan tinggalkan saya :(


selamat berbuka puasa semua..


wassalam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...